BANGSA MEMBACA, BANGSA BERJAYA

MEMBACA AMALAN KITA :)

SELANGKAH KE PUSAT SUMBER, SEJUTA PENGETAHUAN DIPEROLEHI
KAMI DARI WARGA PUSAT SUMBER SEKOLAH SMK BUKIT BANDARAYA INGIN MENGUCAPKAN SALAM PERPISAHAN KEPADA PUAN DOREEN KERANA BELIAU BERTUKAR KE SARAWAK@KAMPUNG HALAMAN-NYA.

NILAM

Program NilamPDFPrintE-mail
Latar Belakang Program Nilam
Satu kajian terkini mengenai tabiat membaca yang dijalankan oleh Perpustakaan
 Negara Malaysia  pada tahun 1996 mendapati rakyat Malaysia hanya membaca
 dua buah buku setahun. Pada  hakikatnya suatu tamadun atau bangsa hanya
 dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan  budaya ilmu.
Menyedari hakikat ini pelbagai program galakan membaca telah diadakan di
 peringkat sekolah.
 Program terkini yang rancak dilaksanakan ialah "PROGRAM NILAM" yang mula
 diperkenalkan  pada tahun 1998.
Matlamat
Matlamat Program Nilam ialah supaya terbina tabiat membaca di kalangan pelajar.
Objektif
  1. Menjadikan pelajar banyak membaca
  2. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai
  3.  Tabiat suka membaca
Ciri-Ciri
  1. Program Nilam mempunyai dua tahap iaitu:
    • TAHAP JAUHARI
    • TAHAP RAKAN PEMBACA
  2. Pengiktirafan dan ganjaran bagi setiap tahap adalah seperti berikut:
    • Tokoh membaca bulanan (sesi pagi / petang)
    • Tokoh membaca tahunan (sesi pagi / petang)
    • Kelas paling banyak membaca tahunan (sesi pagi / petang)
    • Menjadi Kelab Rakan Pembaca
Pelaksanaan
Pihak-pihak yang terlibat dan memainkan peranan dalam menjayakan Program Nilam ialah:
  • Pengetua
  • Penyelaras, Setiausaha dan AJK Nilam (Guru)
  • Guru PSS
  • Guru Kelas / Tingkatan
  • Guru Mata pelajaran
  • Ibu Bapa
  • Pengawas PSS
  • AJK Nilam (Pelajar)
  • Murid / Pelajar
Peranan murid / pelajar dalam menjayakan Program Nilam adalah seperti berikut:
  • Memiliki Buku Rekod Bacaan Nilam (RM 2.00 di PSS)
  • Memiliki “Card Library”
  • Meminjam buku sekurang-kurangnya DUA buah buku setiap dua minggu
  • Membaca buku sebanyak mungkin

No comments:

Post a Comment

Sharing is Caring

Share reviews on the book you read to smkbblibrary@Gmail.com to see it on the blog and win exclusive gifts :)

Title your emails with "Review for (insert book tittle)"
write your name, age and class in your email.

You can also send short stories or tell us about yourself!

Please email smkbblibrary for more info.
HAK CIPTA TERPELIHARA ARIEZ HAZARIL | UNTUK SMKBB LIBRARY 2012 - 2014 ©| BEST VIEW: Google Chrome